Catatan perjalanan umrah
21 jun 2014
Jam 7.30 teksi dtg. Kami bergerak ke klia 2. Besar juga. Ada banyak kedai. Kami berkumpul kat information counter. Ambil tag.2 drop luggage pada petugas andalusia dan sarapan. Sarapan kat food court kat klia 2. food court tu kena jalan2 la sikit. Okey la. Byk kedai2 makan.. harga ikut poket. Kami makan nasi berlaukkan gulai tunjang, terung berlada, terung asin.ala2 nasi padang..
Jam 10 kumpul kat kaunter y16. Penerangan serba sedikit tentang perjalanan kami secara kasar di madinah dan mekah.
Kami diberikan pasport. Suami belikan saya penapis habuk utk pakai semasa umrah nanti. Sebab mekah tgh construction. . So habuk banyak. Elok pakai penapis hidung tu. Sebab dlm ihram x boleh pakai mask..
Kami masuk ke balai berlepas. Dan tggu boarding. Jam 12.30 pm kami take off. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Kemungkinan akan sampai jam 5 waktu arab saudi. Perbezaan jam arab saudi dengan malaysia, arab saudi lewat 7 jam. Kami dinasihatkan solat jamak dan qasar waktu zohor dan asar. Dalam flight ada 2 kali makan. Makanan dah dibook oleh pihak andalusia awal2.. alhamdulillah.. bab makan dah setel.
Apa kami buat dalam flight?
Pas solat .. kami makan. Nasi lemak.
Pas makan kami lelap sekejap. :) then kami baca buku2 yg dibekalkan oleh pihak andalusia.. buat la apa patut.. selawat banyak2.. berzikir dan bertahmid.
Rombongan yg kami join ni.. ada la seramai 120 org. Kami dipecahkan pada 3 buah bas nanti. 2 mutawif follow bersama kami dlm flight. .manakala sorg lagi standby tunggu di airport jeddah..
Tadi makan jam 6.30 waktu malaysia.
Pastu kami sampai kat airport jeddah jam 4pm waktu madinah. Malaysia dlm kol 9pm.alhamdulillah.
So sampai tu xleh terus bangun.kena tunggu wakil dari pihak berkuasa tempatan dtg masuk dlm flight. Utk apa xtau. Then lepas tu baru cabin crew announce jemaah unrah boleh turun dahulu. Kami turun tp perlu tggu dulu kat balai ketibaan. Kat sini kena sabar byk la. Sambil2 tunggu tu dtg beberapa org indonesia tawarkan jualan simkad arab saudi. Siap ada 40riyal duit dan 1gb data. So kami beli supaya senang utk berhubung.
Agak2 dlm sejam lebih menunggu. . Baru nampak ramai2 bangun utk keluar lepasi kastam.
Kat sini que asing lelaki dan perempuan. Biasa la perempuan ramai.. so agak lama. Tp sabar je la. Sekejap je..
Dah setel ambik luggage.. terus lepas kastam dengan mudahnya. ALHAMDULILLAH. bawa beg yg x sama dengan jemaah lain.. so mudah nak trace.
Kemudian dah keluar tu.. bas no 2 dah ada... lama gak.. dlm sejam baru bas no 3 sampai. Suami masukkan beg kami dlm perut bas. Saya naik dulu. Muka dah rasa pedih. Bibir pedih.. basahkan ngn air mineral je. Alhamdulillah. Aircond bas function ngn elok. Sejuk.. suami pulak tlg ejas aircond biar kena pada saya.
Dari airport jeddah ke madinah ambik masa 5 ke 6 jam gak. Lebih kurang 450km. Bas teruskan perjalanan.. lalu padang pasir.. tgh pembangunan.. tgh bina jalan raya.. highway.. nampak saujana mata memandang.. suhu agak panas... lain la ngn malaysia..
Mutawwif kami namanya mior syafiq. Byk la dia bgtau pasal sejarah madinah.
Nama2 panggilan madinah
Babul haramain
Almunawwarah
Kemudian kami berenti solat maghrib dan jamakkan terus isyak kat sebuah surau. Ngam2 sampai... ambil solat.. terus azan.
Then naik bas. Nanti nak stop makan kat mana2..kami berenti dlm pukul 10mlm kat satu rnr. Makan tepi2 bangunan. Nasi dengan telur rebus, ayam bakar, timun, sambal.. sedap.. suka telur rebus tu.
Kat situ pun ada gak org jual2 kurma, kekacang, madu.. tp x beli pun.. tgk je..
Ni last stop kata mutawif. So ank buang apa2.. kena selesaikan kat sini.
Then kami naik bas menuju ke mekah.
Sampai di mubarak silver hotel jam 1 pagi. Terus dpt kunci bilik dan tdo. Subuh masuk jam 4.03 am kat sini. Alhamdulillah.. subuh pertama di maajid nabawi.
Hari ke 2: 22 jun 2014
Kpl 3.30 saya bangun dan kejut suami. Kami bersiap solat subuh. Alhamdulillah.. pengalaman baru dan rasa segar je badan. Walau seharian perjalanan.. rasanya dlm kol 5 waktu Malaysia kami sampai.
Dapat minum air zam2.. suka yg not cold. Minum puas2.. minum air zam2.. kurang kencing tau.
Jam 6.30 kumpul kat dewan makan utk ziarah dalam. Ada taklimat dari mursyidah. Dlm 7.30 kami gerak ke masjid nabawi. Sampai di masjid. Solat tahiyatul masjib dan solat dhuha. Kemudia kumpul depan raudhah utk tunggu giliran masuk.
Saya nak sgt masuk raudhah. Suami dah selesai berziarah. Alhamdulillah.. hari ni 2 kali dia dapat masuk. Itu yang Allah kata.. kalau dah memang rezeki..dah memang hak kita.. kita akan dapat juga.
Selepas ziarah dalam. Mursyidah kata balik sendiri2.. jemaah malaysia antara group yang terakhir di beri masuk ke raudhah. Ya allah.. bersesak2..bertolak2.. masa ni saya tawakal aje. Doa byk2 Allah bagi peluang.. sekali ngn saya sorang makcik ni. Dia bersama saya masuk raudhah.. dia pegang tangan saya kuat2. Rezeki kami.. sampai di area raudhah. . Ada mursyidah dari indonesia bagi kami ruang utk solat. Dalam himpit2.. alhamdulillah dapat kami berdua solat..tenang dan rasa segar sgt..
Kami keluar dari raudhah jam 10 pagi. Terus balik hotel dan lepak2 kejap.suami saya dah berselimut dah. Alhamdulillah.. dah sampai bilik..saya unpack beberapa baju simpan dlm almari.. hari ni ada ziarah dalam saja. So masing2 pandai2 la isi masa. Solat zohor masuk jam 12.24 pm dan kami makan lepas solat.. suami sambung tdo.saya lepak2.. mmg agak jet lag tp xleh nak tdo.. last2 terlelap jugak.
Solat asar masuk jam 3.44pm. Nak la amik peluang sebanyak mungkin utk solat di masjid nabawi. Lepas solat asar tu kami keluar jalan2 sekitar hotel. Tengok2 apa yg dijual. Banyak peniaga yg meniaga dan masing2 fasih berbahasa melayu. So nak jual beli dan tawar menawar xde hal..
Solat maghrib dan isyak kami sambung sekali kat masjid nabawi. Habis dalam pukul 930 malam. Balik terus makan malam dan berehat. Haa.. tp mlm tu kami keluar jugak.. saje ukur jalan. Cadang nak cari nasi arab td xde. So dlm kol 1 tu bakik dan tdo. Kena rehat sebab subuh sini masuk kol 4.03am..
Hari ke 3 23 jun 2014
Pas solat kol 6.30 kena kumpul kat lobi hotel sebab ada program zuarah luar. Tentatifnya kami ke masjid quba, jabal uhud, ladang kurma dan pasar kurma.
Balik ngam2 sampai solat zohor. Pas solat zohor baru makan. Saya lepak dlam bilik sampai asar. Gi solat asar.. pastu tdo jap kat masjid nabawi. Kol 5.30 baru balik bilik. Sampai bilik saya dan suaki keluar ukur jalan sampai maghrib. Sebab pakaian dan sesuai utk solat.. so kami terus solat maghrib kat masjid. Pas isyak baru balik hotel dan makan. Saya sgt penat. Balik2 terus tidur.. pengsaann!!!...bangun dari kol 3.30 pagi..tapi xsedar apa last2 sampai malam.
Suami hilang selipar .dapat nikmat jalan kaki ayam dan pijak tanah yg sama dengan nabi dok selalu pijak dulu. Suami kata walau panas. . X terasa pun bahang panas di kaki.
Hari ke4 24hb
Kol 7.30 pagi ada ceramah pasal umrah dr andalusia..
Hari ni hari utk buat aktiviti sendiri.
Tengahari sebelum zohor tu saya dan suami gi melawat muzium madinah.
Makan nasi arab.. uhhh.. sedap.. lauk kambing...
To be continue..